Kitabush-Shiyam (Fasting) Bulughul-Maram al-Asqalani

Bulugh al MaramPenjelasan sarat faedah dari Akhuna al-Fadhil Ahmad Banajah (Abu al-Atha Ahmad bin Umar bin Abdurrahman Banajah al-Hadrami al-Yamani)-hafizhahullahu-
Beliau menerangkan hadits-hadits yang ada di Kitabush-Shiyam Bulughul-Maram al-Hafizh Ibnu Hajar al-Asqalani. Disampaikan dari Markiz Salafiyah DAR ALQUR'AAN WA AL-HADEETH PERLIS MALAYSIA, pada periode Jumadil Akhir sd Rajab 1433H (April sd Mei 2012M). Pelajaran ini disiarkan langsung via PALTALK: RELIGION & SPIRITUALITY>ISLAM>DARUL QURAN WAL HADEETH PERLIS MALAYSIA. Bahasa pengantar dengan memakai bahasa Inggris.

BEKAL RAMADHAN


Siyaam Part 1 23/04/2012
Siyaam Part 2 24/04/2012
Siyaam Part 3 25/04/2012
Siyaam Part 4 30/04/2012
Siyaam Part 5 01/05/2012
Siyaam Part 6 02/05/2012
Siyaam Part 7 07/05/2012
Siyaam Part 8 08/05/2012
Siyaam Part 9 09/05/2012
Siyaam Part 10 14/05/2012
Siyaam Part 11 15/05/2012
Siyaam Part 12 16/05/2012
Siyaam Part 13 17/05/2012
Siyaam Part 14 21/05/2012
Siyaam Part 15 22/05/2012
Siyaam Part 16 23/05/2012
Siyaam Part 17 24/05/2012
Siyaam Part 18 28/05/2012
Siyaam Part 19 29/05/2012

D.A.W.A.H
MARKAZ DARUL QURAN WAL HADEETH, PERLIS, MALAYSIA.

Darul Quran Wal Hadeeth merupakan salah satu cawangan Maahad Darul Hadeeth Dammaj di Yaman, semoga Allah memeliharanya dan melindunginya di mana Maahad Darul Hadeeth ini telah diasaskan oleh as Syeikh, al Mujaddid, al Imam, al Allamah, al Muhaddith Muqbil Ibn Hadi al Waadi’ey rahimahullah lebih empat puluh tahun yang lalu, dan sekarang ini telah digantikan tempatnya oleh sheikh kami, as Sheikh al Allamah, al Mujahid Yahya Ibn Ali al Hajuri Hafizahullah
Oleh yang demikian, manhaj aqidah serta ilmu yang berteraskan fahaman salaf soleh yang diamalkan di Darul Quran Wal Hadeeth, Perlis, Malaysia adalah sama seperti manhaj yang dilalui oleh para ulama di Darul Hadeeth di Dammaj, bimbingan serta nasihat diambil dari mereka. Dan taufik itu hanya dari Allah, milikNyalah segala pujian.

PENUBUHAN DARUL QURAN WAL HADEETH
Darul  Quran Wal Hadeeth diasaskan dengan kurniaan Allah oleh Para Penuntut ilmu, as salafiyyun, dikalangan rakyat Malaysia. Sebaik sahaja mereka menyewa sebuah tempat yang dijadikan sebagai maahad, mereka mulai menghidupkan majlis ilmu di antara mereka, menghafaz kalamullah dan kalam rasulNya saw. Kemudian setelah itu sebahagian para penuntut ilmu dari pelbagai wilayah datang ke Darul Quran Wal Hadeeth untuk menuntut pelbagai ilmu syar’ie yang bersumberkan al Quran dan as Sunah. Demikian juga secara tidak langsung mereka juga mempelajari manhaj yang benar iaitu Manhaj Ahli Sunah Wal Jemaah berdasarkan kefahaman salaf rahimahumullah.
Pembinaan markaz Darul Quran wal Hadeeth yang khas telah dirancang dan akan dilaksanakan kelak.

TENAGA PENGAJAR DARUL  QURAN WAL HADEETH, PERLIS.
Guru-guru di Darul Quran Wal Hadeeth ialah sebahagian daripada penuntut ilmu yang disaksikan keahlian mereka untuk mengajar oleh sebahagian sheikh-sheikh yang berada di Darul Hadeeth di Dammaj. Dan setiap dari mereka mengajar apa yang mereka kuasai dari bidang mereka.
Mereka ialah :
Al Ustaz al Fadhil Abu al Atha, Ahmad Ibnu Umar Ba Najah al Hadrami al Yamani.
Al Ustaz al Fadhil Abu Hamzah, Usamah Ibnu Yahya Ibnu Sabh as San’aani al Yamani.
Al Ustaz al Fadhil Abu al Auza’ie, Zulhizam Ibnu Muhammad Hashim al Bahanji al Maalizi.
Al Ustaz Abu Abdirrahman, Muhammad Amin Ibnu Muhammad Nawi al Bahanji al Maalizi.

PENGURUSAN DARUL QURAN WAL HADEETH
Individu-individu yang terlibat dalam pengurusan Darul Quran Wal Hadeeth berkaitan dengan hal ehwal pelajar terdiri daripada sejumlah ikhwah yang dihormati.
Di antara mereka ialah :
-  Al Akh al Fadhil Abu Naim Abdul Ghaffar bin Yok al Berlisi. Beliaulah yang menguruskan kebanyakan urusan serta perjalanan Darul Quran Wal Hadeeth.
-  Al Akh al Fadhil Abu Helmi al Berlisi
-  Al Akh Abu Khalif Norizan Bakar al Berlisi
-  Al Akh Abu Usman Nur Hanifi bin Ibrahim al Berlisi.
Dan ikhwah-ikhwah yang lain.

MAJLIS-MAJLIS ILMU DI DARUL QURAN WAL HADEETH.
Sebagaimana yang telah kami sebutkan sebelum ini,  bahawa pelajaran-pelajaran yang dititikberatkan oleh tenaga pengajar di sini ialah sama seperti sebahagian pelajaran-pelajaran yang dipelajari oleh para penuntut ilmu di Darul Hadeeth di Dammaj.
Sebagai contohnya, antara kitab-kitab serta pelajaran yang telah diajarkan dan terus diajarkan di Darul Hadeeth ialah :
Aqidah : al Usul as Tsalaasah, al Qawa’id al Arba’ah, Kitab Tauhid, Lum’atul I’tiqad, Tafsir Kalimah Tauhid …
Bahasa Arab : Kitab al Madinah Buku 1 dan 2 dan kitab al Ajurrumiyyah.
Hadis dan Fiqh : Kitab ad Darari al Mudhi’ah Sharh ad Durar al Bahiyyah milik al Imam as Syaukani, Syarah Umdatul Ahkam dan Syarah Bulughul Maram.
Di samping itu juga, mereka menitikberatkan al Quran melalaui hafalan, mengulangkaji serta membacanya berdasarkan tajwid yang betul.

Sumber

http://thedawah.com/en/audio/bulughul-maram/kitaab-siyaam
MARKAZ DARUL QURAN WAL HADEETH, PERLIS, MALAYSIA

Posting-posting Terkait

>>> Kitabush-Shiyam (Fasting) Bulughul-Maram al-Asqalani oleh Ahmad Banajah
>>> Kitabush-Shiyam Bulughul-Maram al-Hafizh Ibnu Hajar al-Asqalani oleh Syaikh Abdullah bin Ahmad al-Iryani
>>> Berita 1 Ramadhan 1433H
>>> Dar al-Qur'an wa al-Hadits Perlis Malaysia
>>> (Q&A) Recorded from Paltalk Room: " Dar al Quran wa al Hadeeth Perlis Malaysia, teacher by Ahmad Banajah
>>> Nasihat Bermanfaat dari Masyaikh Yaman: Syaikh Abdullah bin Ahmad al-Iryani dan Syaikh 'Abdul-Ghani al-'Umari
>>> (Soal-Jawab) Permasalahan: Dakwah, Fitnah, & Hizbiyyah
>>> Sifat Shalat Nabi oleh Syaikh Zaid bin Hasan al-Wushabi dan Syaikh Abdullah bin Ahmad al-Iryani

http://islam-itu-mulia.blogspot.com/2012/07/kitabush-shiyam-fasting-bulughul-maram.html